Never Perfect

Disclaimer


JEMPUT DATANG MELAWAT LAGI KE TANAH KEDAUNG SAYA :)

Entries About  
Miss my Superheroes
Assalamualaikum n heyy korang :)
sehat?jaja alhamdulillah sehat :)
kali nie jaja nak share ngan korang semua cerita tentang my superheroes hehe
mesti korang tertanya2 kan siapakah gerangan nya itu?hehe beliau adalah AYAH jajaa !
beliau sangat baik dan mulia dimata kami sekeluarga.Beliau telah pergi meninggalkan kami semua pada 28/04/2012 pada pukul11.45 malam ketika beliau sedang melakukan tugasan.Beliau telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya dan tidak akan pernah kembali untuk bertemu kami sekali lagi..ketika kejadian itu,kami semua berada di rumah baru di seri kembangan,kami semua bermalam di sane kecuali ayah jaja kerana beliau mempunyai tugasan yang harus dilakukan..sehari sebelom beliau tinggalkan kami sekeluarga,jaja,adek dan parents ke penang untuk mengambil kakak yang baru tamat belajar di matrikulasi pulau pinang.Ketika dalam perjalanan,kami semua sangat gembira kerana lawak yang diperkatakan oleh ayah jaja ketika di perhentian rehat.dan apabila sampai di kl,ayah membelikan buahtangan dan satay untuk diberikan kepada jiran baru sebelah rumah kami di seri kembangan.Jajaa rasa sangat bangga mempunyai seorang ayah yang sangat baik dan pemurah.Sebelom kebumikan arwah ayah,jaja dan family serta adek beradik ayah berpeluang memberi kucupan dan pelukan yang terakhir Semua kenangan jaja bersama arwah ayah tak kan pernah hilang dan jaja harap sangat arwah ayah jaja tenang di sana.satu je jaja nak bagitau yang jajaa rindu kan arwah ayah dan berharap jaja dapat berjumpa da peluk balek arwah ayah jajaa.


Older Post | Newer Post